Mari bersama-sama mendekati sebuah jemaah Islam Hizbut-Tahrir melalui laman sesawangnya dan video-video seterusnya.http://mykhilafah.com/hizbut-tahrir/46-mengenal-hizbut-tahrir
Apakah pendapat para pembaca mengenai Hizbut-Tahrir dan PAS?Mungkin ada dikalangan pembaca yang telah mengetahuinya terlebih dahulu.Adakah kemungkinan Hizbut-Tahrir menyertai PRU 13?
Sama ada Raja atau Sultan yang bertitah,yang penting ajak segala Menteri dan Exco dan Mufti bersidang supaya kembali kepada al-Quran dan As-sunnah dalam pemerintahan Malaysia.Rakyat tentu gembira dan lagi menyanyangi Malaysia NegaraKU. Berita Harian Online | Raja Perlis bimbang perpecahan bangsa Melayu
Isu politik sering menjadi modal demi meraih sokongan dan undi rakyat.Isu hangat, PM seoran Melayu Islam dimainkan kebelakangan ini.
Rakyat telah melalui pemerintahan dengan kepemimpinan UBN selama 55 tahun. Di bawah Dr Mahathir lebih kurang 22 tahun menerajui Malaysia.Persoalannya.Adakah beliau Melayu yang real mahu kepada Islam?
Selepas PRU12,majoriti rakyat Malaysia mahu gelombang kebangkitan kesedaran Islam dan turut sama menegakkan Islam sebagai suatu cara hidup(Addin).
Halatuju yang komited ialah membina Malaysia Baru dengan mengambil Islam yang syumul dalam pemerintahan.
Menjadi tugas serta tanggungajwab seseorang Mukmin beriman berjuang menegakkan Islam dalam kehidupan bernegara.Suasana politik menjelang PRU13 sangat hangat.Sebagai undi pilihan jadikan PAS tonggak kuasa politik baru dalam mengolah landskap politik dan corak pentadbiran negara selepas PRU13.
Syaratnya,Rakyat memberikan kuasa undi kepada kepemimpinan PAS dan Pakatan Rakyat. Ikuti yang terserlah dari hati dan pendirian Presiden PAS sendiri ke atas isu tersebut.
Baguslah jika UMNOBN sudah sedar lagi insaf.Sampai bila Pemimpin UMNOBN mahu memperbodohkan Bangsa Melayu di luar bandar,kampong dan pinggir bandar dan golongan Melayu yang selalu menjadi fixed deposit pilihanraya?Sungguh pelik.Dibuat program ajak berubah dengan transformasi.Mengapa pula kotak pemikiran Pemimpin UMNOBN masih mahu berada dalam zon kebangsawanan.Tidak ada sesebuah kerajaan di atas muka bumi ini kekal sehingga kiamat.Entahlah.Kalau-kalau UMNOBN mahu pecahkan Book Of Records.
Rakyat yang insaf kepada Agama Allah s.w.t pasti bermunajat serta mengadu kepada Allah s.w.t untuk diberikan kemenangan kepada perjuangan Islam di Bumi Malaysia.Rakyat mahu Islam memerintah diurus tadbir oleh mereka yang arif dengan Islam.